Cerita Misteri - Misteri Lembaga Kehitaman - Assalamualaikum warga pembaca sekalian. Sebelum aku memulakan penulisan cerita aku ni, aku ingin bertanya pada kalian semua pernah tak kalian melihat sosok lembaga yang dari atas sampai bawahnya hitam? Baiklah aku akan menceritakan pengalaman aku di lewat cerita ini. Satu malam entah kenapa aku tak boleh lelap walaupun jarum jam waktu itu dah menunjukkan angka 2:00am.
Cerita Misteri Lembaga Kehitaman
Aku dah cuba tuk pejamkan mata aku tapi aku tak dapat lelap, lalu aku ambik keputusan untuk on call dengan salah satu temanku melalui on call wassap yang kebetulan die jugak waktu itu tidak tidur lagi. Kalau korang nak tahu rumah aku tu rumah kampung yang biasanya jika bercakap waktu malam-malam boleh di dengar isi rumah. So aku nekad untuk on call di luar rumah saja.
Di sebelah rumah aku itu adalah rumah arwah nenek aku dulu yang sudah meninggal beberapa tahun dahulu. Agak lama di tinggalkan tanpa penghuni yang sekarang keluargaku hanya buat tempat simpanan barang-barang. Hampir 15 minit aku on call bersama teman aku di kawasan rumah nenek aku itu, tetiba hati aku terdetik benda yang bukan- bukan.
Tanpa sengaja kepala aku mendongak ke arah bumbung rumah, arwah nenek aku itu serta dalam kesamaran bulan penuh pada tengah malam itu bebola mataku melotot ke arah satu kalibat lembaga hitam yang tepat memandang aku dari atas bumbung dengan mata yang merah saga. Waktu itu aku dapat rasakan tidak semena-mena badan aku menggigil kerana aku sempat nampak dengan jelas lembaga itu dari atas bumbung dengan di bantu cahaya bulan dan aku jugak sempat berhenti tepat betul-betul depan lembaga tersebut.
Aku nak pastikan yang pandangan mata kasar aku tidak salah. Ternyata apa yang aku pandang itu betul. Aku seperti sedar apa yang ada di pandangan aku sekarang itu terus aku langsung susun langkah untuk beredar. Aku tidak berlari cuma aku berjalan tetapi jalanku dengan laju. Keesokkan harinya aku ceritakan pada isi rumahku. Bermula dari malam itu mama aku melarang aku tuk berada di luar lagi apabila atas jam 8:00pm.
Selepas kejadian itu semangat aku hilang selama beberapa bulan. Sekarang kalau aku mahu on call lewat tengah malam pon aku takkan pergi luar rumah lagi. Itulah pengalaman aku yang pertama kali aku alami. Sekian, pengalaman dariku.
Demikianlah Untuk Artikel Saya Buat Pada Cerita Misteri Lembaga Kehitaman
Sukaqq : 25.000
Daftar